Aku pernah menulis beberapa kali mengenai Yusuf dalam entri SMJ ini. Dan aku tahu ada yang marah-marah kerana aku menulis mengenai Yusuf. Ada reaksi keterlaluan daripada beberapa pihak yang mengatakan aku melampau, seolah-olah aku hendak rampas suami orang dan aku perosak rumahtangga orang.
Beberapa kawan rapat yang mengikuti SMJ ‘ketawakan’ aku. “Itulah engkau, tulis dalam blog kena hati-hati, nanti tak pasal-pasal kena ‘serang’. Kalau kena serangan mortar daripada musuh yang dikenali tak apa juga sebab kita tahu hendak balas balik muncung senapang. Tapi kalau serangan daripada orang yang tidak dikenali, susah juga tu! Dalam dunia ini ada macam-macam musuh, musuh dalam selimut pun tak kurang ramai. Takut nanti kau ‘ke dalam’ sebab salah tuju.”
Tetapi ada juga seorang dua rakan kata, ‘drama’ aku menjadi. Helo, aku bukan sengaja-sengaja reka cerita, okey! Aku sekadar membalas, “Takkan sampai aku kena buat sidang media untuk menjelaskan keadaan?”
Aku tahu isu ‘Dara VS Suami Orang’ memang sangat sensitif. Sensitif kepada golongan wanita, terutamanya yang sedang bergelar isteri. Sama ada si dara memang ada niat atau langsung tiada niat, orang tetap pandang salah pada si dara itu.
Pelik, lelaki tidak pula dipandang salah walaupun ramai lelaki yang asyik menggatal mengurat perempuan lain. Asyik-asyik perempuan yang salah. Sikit-sikit kata perempuan yang gatal. Tetapi benda tidak akan jadi kalau mainan sebelah pihak sahaja. Siapa yang memulakan, patutnya orang yang memulakan permainan itulah yang harus ‘digerudi’ dahulu.
Manusia ini memang skeptikal, terkadang rasa tidak adil sungguh! Aduh, nada aku ini sudah semacam pejuang hak asasi wanita pula!
Dalam hati aku kata, aku patut suruh Zamzarina kupas isu ini dalam AKW mengenai dilema DARA VS SUAMI ORANG! Heheheh. Boleh tak Cik Zam?
Salina
* Nak komen? Layarilah www.skafmerahjambu.blogspot.com