Episod 38 - Nasihat Kepenggunaan (0) - Sat 7/Aug/10 Temanku baru balik dari luar negara dan sibuk menayangkan beg dan kasut baru yang dibelinya di sana. Kalau itu barang asli, aku tahu memang harganya cecah belasan ribu ringgit juga. Tetapi kalau itu barang tiruan, memang barang itu dibuat dengan baik kerana kelihatannya sangat asli.
Aku bukanlah kisah sangat dengan barang asli atau barang palsu kerana aku pun bukan gila jenama. Memang aku ada sepasang dua kasut dan satu dua beg tangan yang harganya mahal dan ada jenama besar sedikit. Tetapi hanya itu sahajalah, yang biasanya aku gunakan untuk majlis-majlis tertentu.
Barang mahal dan berkualiti ini orang kata ‘alah membeli menang memakai’. Aku memang akui hakikat itu tetapi bagi perempuan biasa seperti aku ini, cukuplah sekadar berpada-pada. Aku sebenarnya belajar banyak daripada kesilapan dan kelekaan aku sendiri.
Nak tahu cerita aku? Aku pernah beli sepasang dres yang harganya hampir RM1,500. Memang tidak mahal bagi orang berduit tetapi bagi aku yang sekadar pangkat eksekutif ini, harga itu sudah cukup besar. Sayangnya, baju yang harga RM1,500 itu hanya sekali aku pakai. Itu pun dalam keadaan terkial-kial, tarik sana tarik sini kerana rasa sangat tidak selesa.
Dan sekarang baju itu tergantung sahaja di dalam almari, jadi perhiasan almari. Sekali pandang rasa sayang. Berkali-kali pandang, rasa seperti hendak gunting-gunting saja sebab kesal dengan sikap terburu-buru dahulu.
Apa boleh buat. Itulah, ketika membeli dahulu tidak berfikir panjang, nampak cantik pada mata, tetapi belum tentu molek apabila dikenakan pada tubuh. Rasa-rasanya ramai perempuan lain seperti aku juga, yang selalu tidak ukur baju di badan sendiri. Sudah-sudahnya ada yang baju sempit, terlebih saiz, terlebih panjang atau terkurang pendek. Faham-faham sendirilah ya....
Perempuan dalam bab membeli, memang nombor satu! Kalau boleh, seluruh pusat beli belah hendak diborong sekali. Mungkin ada kaitan dengan fitrah wanita yang sukakan keindahan dan kecantikan. Apa-apa sahaja nampak cantik pada matanya.
Aku bukanlah hendak mengata sesiapa. Aku mengata diri sendiri sebenarnya. Aku ingat-ingatkan diri juga sebab dua tiga minggu lagi, kita hendak sambut puasa dan sebulan selepas itu, akan meraikan Aidilfitri. Jadi eloklah aku ingatkan diri awal-awal agar berpada-pada berbelanja. Berbelanja ikut keperluan, bukan keinginan.
Okey ke? Rasanya aku punya catatan mengenai persiapan raya. Nanti senang-senang aku sambung lagi ya....
Episod 37 - Sekadar Luahan Perasaan (0) - Sat 31/Jul/10 Penatnya! Minggu ini terasa amat meletihkan. Tugasan, mesyuarat pengurusan, perbincangan dengan pengiklan dan diskusi program tahunan – semuanya berjalan dalam..
Episod 36 - Cemburu Tanda Sayang (0) - Sat 24/Jul/10 Kecoh seketika di pejabatku. Nina (bukan nama sebenar), penyambut tetamu di pejabat kami tiba-tiba ‘diserang’. Dia diserang oleh suaminya sendiri,..
Episod 35 - Tidur bola, makan bola, minum bola (0) - Sat 17/Jul/10 Sekarang ini musim ‘tidur bola, makan bola, minum bola’. Aku bukanlah peminat bola sepak tegar tetapi memandangkan ini fenomena dunia,..
Episod 34 - Ujian Orang Berpuasa (0) - Sat 10/Jul/10 Tengah hari, aku tinggal seorang di meja kerja. Kawan-kawan keluar tugasan dan ada yang keluar makan. Aku berpuasa ganti, jadi..
Episod 33 - Selamat Hari Bapa Abah (0) - Sat 3/Jul/10 Hari Bapa jatuh pada Ahad ketiga bulan Jun. Tahun ini, Hari Bapa jatuh pada 20 Jun 2010. Selamat Hari Bapa..
Episod 32 - SMS Pertama (1) - Sat 26/Jun/10 Tengah hari semalam.
Aku sedang menikmati makanan tengah hari ketika SMS masuk ke telefonku. Daripada nombor yang tidak dikenali. Entah siapa,..
Episod 31 - Muhasabah Diri (0) - Sat 19/Jun/10 Pejam celik, pejam celik, sudah enam bulan tahun 2010 berlalu. Alhamdulillah, sebab pejam masih boleh celik, kalau tidak celik-celik, ke..
Episod 30 - Aku 'Kaunselor' Rumah Tangga! (0) - Sat 12/Jun/10 Seorang pembaca menelefon di pejabat, mengadu mengenai masalah rumah tangganya. Suaminya kaki pukul; pantang salah sikit, asyik hendak membelasahnya. Katanya,..
Episod 29 - Guru Pujaanku! (0) - Sat 5/Jun/10 SETIAP kali ketibaan Hari Guru, aku pasti terkenang kisah zaman sekolah. Di sekolah dahulu, aku mungkin masuk kategori budak-budak biasa..
Episod 28 - Siapa Orang Itu? (0) - Sat 29/May/10 MAK SU telefon dari kampung. Kami berbual-bual mengenai arwah nenek yang baru meninggal dunia. Kata Mak Su, nenek selalu bercakap..
Episod 27 - Catatan lewat - Sempena Hari Pekerja (0) - Sat 22/May/10 Sabtu lepas kita sambut Hari Pekerja. Dapat cuti sehari tetapi seperti biasa, orang media seperti aku kadangkala tidak sempat bercuti..
Episod 26 - Maut (0) - Sat 15/May/10 Maaf, aku terasa lama juga blog ini terabai. Aku tidak sempat pun hendak menjenguk blog ini seminggu dua ini kerana..
Episod 25 - Membaca (0) - Sat 24/Apr/10 Kawan-kawanku di pejabat selalu berkata, mereka tiada masa untuk membaca. Maksud mereka; membaca buku. Walaupun membaca adalah perkara yang mesti..
Episod 24 - 30 Tahun Sudah! (0) - Sat 17/Apr/10 Selamat hari jadi ke-30 untuk diri sendiri. Aku sedang buat kerja ketika tiba-tiba kawan-kawanku muncul menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi..
Episod 23 - Sumber Inspirasi (0) - Sat 10/Apr/10 Seorang rakan sepejabat mengadu, dia rasa kehilangan dalam hidup. Kes putus cinta, ditinggalkan teman wanita? Bukan! Kata rakan ini, dahulu..
Episod 22 - Protege (0) - Sat 27/Mar/10 Kerja tidak habis-habis. Teringat kata-kata dalam iklan di radio, “Selagi belum tutup mata; kerja, kerja, kerja!” Alhamdulillah, aku masih kuat..
Episod 21 - Malunya Mak! (0) - Sat 20/Mar/10 Kalian pernah alami peristiwa yang memalukan? Aduh, memang inilah dugaan ujian sebagai manusia! Sekali terkenang, rasa malu besar. Dua kali..
Episod 20 - Cik Nul Kawan Baikku! (0) - Sat 13/Mar/10 Terima e-mel daripada kawan baik aku yang sudah beberapa tahun putus hubungan. Terkejut juga, sebab dia ini..
Episod 19 - Apabila Lelaki Mengumpat (0) - Sat 6/Mar/10 Apabila lelaki mengumpat...
Kali ini aku hendak bercerita mengenai lelaki yang suka mengumpat. Normal lah kalau perempuan suka ‘buat ketupat’ tetapi..
Episod 18 - Dara VS Suami Orang! (0) - Sat 27/Feb/10 Aku pernah menulis beberapa kali mengenai Yusuf dalam entri SMJ ini. Dan aku tahu ada yang marah-marah kerana aku menulis..
Episod 17 - Peminat Rahsia! (0) - Sat 20/Feb/10 Ada sekuntum ros merah atas mejaku. Daripada siapa? Aku tidak pasti. Ada sekeping kad kecil disertakan sekali dalam balutan mawar..
Episod 16 - Kalau Berbudi (0) - Sat 13/Feb/10 BARU balik dari bertugas luar daerah. Masih kepenatan, bahan bertimbun yang aku bawa balik semua harus diselesaikan, juga borang-borang yang..
Episod 15 - Kalahkah Aku? (0) - Sat 6/Feb/10 Akhirnya 'iman' aku cair juga. Dalam berkeras tidak mahu menerima ajakan Yusuf untuk keluar bersama, akhirnya aku terima juga ajakan..
Episod 14 - Gosip vs Yusuf (0) - Sat 30/Jan/10 Beberapa minggu lepas aku catat mengenai gosip aku bakal ditukarkan jabatan. Aku tunggu dengan sabar kalau-kalau bakal berlaku sesuatu tetapi..