banyak artikel yang saya baca sering memperkatakan ketidakadilan berlaku pada kaum wanita dan tidak lupa juga saya tidak menafikan ianya berlaku juga pada kaum lelaki. Disini saya ingin membuka perbincangan tidak kira samada lelaki atau wanita untuk memberi pendapat secara tulus, jujur dan ikhlas. sebelum itu izinkan saya memperkatakan serba ringkas mengenai diri saya..saya adalah single parent dengan 8 orang anak di mana hingga kini bekas suami saya tidak pernah memberi nafkah pada anak-anak samada bertanya khabar atau semasa hari lebaran atau musim buka sekolah. Anak bungsu saya ditinggalkan ketika berusia 6 bulan, kini berusia 8 tahun dan yg sulung kini 25thn.
Salmina - 14 Feb 2010, 2:16pm Memang terdapat banyak lelaki yg tak bertanggungjawab. Pandai beranak ramai tapi tak pandai jaga. Mereka lari melepaskan diri dari beban menjaga anak. Puan Siti, bersabarlah. Anak2 yg puan besarkan tu kesemuanya melihat puan sebagai ketua keluarga.
Dalamasa 10 tahun lagi apabila kesemua anak2 puan mula bekerja puan akan mula merasai betapa nikmatnya kehidupan ini dimana anak2 sentiasa bersyukur dan sentiasa membantu puan dalam menjalani kehidupan dan hari2 yg mendatang.
Jika bekas bapa mereka datang semula minta bantuan anak2 kerena dia mula sakit dan terlantar di hospital, inilah peluang untuk membalas dendam... atau memberi kemaafan terpulang kepada puan sekeluarga.
Siti Hajar - 14 Feb 2010, 10:05pm Jadi, apa sebenarnya yang Puan Siti inginkan? Jika puan siti mahu saya membantu melegakan perasaan puan siti supaya puan tidak lagi menarik perkara yang negatif dalam hidup puan, puan boleh sms saya di 019-3412228. InsyaAllah, saya akan cuba membantu puan.
Mybiz 2 - 17 Feb 2010, 4:17pm pada pendapat saya, puan perlu bertanya yang lebih arif tentang penyelasaian dalam permasalahan dalam rumah tangga.
puan juga perlu banyak mase untuk mencari ketenangan dan yang lebih baik membaca bahan bacaan berunsur positif. Jauhkan diri dari unsur negatif agar puan boleh befikir dengan baik.
Naza 3 - 22 Feb 2010, 10:22pm Salam siti...dalam kehidupan pn yg lepas... kesilapan itu pasti berada di kedua2 pihak... kita tidak boleh meletakkan kesalahan itu pada satu pihak...sesudah perkara itu berlaku juga sama...apa yg wajar...buangkan segala kebrgantungan kita kepada bekas suami... hukum Allah antara dia dengan yang Maha Esa...kita yg menanggung ini harus terus positif seperti kata siti hajar dan mybiz 2...seperkara yg teramat penting...jangan mendidik anak untuk membenci ayahnya dan jangan ada sebesar zarah ada didikan atau rasa ingin membalas dendam kerana hukum tuhan tetap menyatakan kederhakaan kita kepada ayah adalah salah...manusia yg baik di sisi Allah adalah yg beramal soleh dan hamba2Nya yang pemaaf...jangan kerana kesalahan kita dan suami kita dulu... anak2 pula kita babitkan...wanita spt pn siti adalah wanita yg akan sentiasa diuji...jadi,kuatkan minda dengan perkara2 yg positif...masuk ke laman http://winners-global-network.socialgo.com dan dapatkan video2 yg mungkin dapat membantu pn siti untuk mencari kekuatan diri dalam mengharungi kehidupan dengan dugaan yg besar ini...salam dan doa kebahagiaan dari saya
Siti Zaleha Md Desa - 25 Feb 2010, 8:59pm Terima kasih di atas komen yang anda berikan sbenarnya saya tidak mahu apa-apa merujuk pada Sit Hajar..saya sebenarnya telah melalui satu kehidupan yg mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang biasa. Seperti kata Naza benar..kesalahan terletak kepada kedua belah pihak dan saya tidak pernah menyalahkan sesiapa dalam soal ini..saya amat bersyukur sepanjang menjalani kehidupan ini..cuma saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan du luar san yang saya tahu masih ramai mengalami nasib yang lebih buruk tetapi tidak ada sesiapa yg tahu..saya sebenarnya sedang merancang untuk menganjurkan seminar mengenai betapa pentingnya kehidupan berkeluarga ini..jika saya menganjurkan satu seminar mengenai institusi kekeluargaan ini,,saya berharap akan mendapat sambutan dari semua pihak...apa kata rakan-rakan semua? Setuju?...
Anggerik Pesona - 09 Mar 2010, 3:33pm Syabas Siti Zaleha atas idea tersebut..saya juga menjadi part time motivator di negeri saya..antara tajuk yg saya sering bincang adalah Memupuk Keyakinan Diri dan Perubahan Diri..Allhamdulillah dpt sokongan dr peserta..saya byk buat talk kerjasama dgn Pembangunan Wanita Negeri Melaka.
Siti Zaleha Md Desa - 14 Mar 2010, 10:19pm salam pada anggerik pesona saya amat tertarik dgn cadangan puan..semoga hasrat yg murni ini dapat direalisasikan..saya cuba buat proposal..
Page 1 (Total comments 7)
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas are solely the opinion and responsibility of the person posting the message.
We does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT / REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum.
We assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents.
Visitors may post questions, comments and replies without prior review by us, however we reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason.
However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by us.
Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.