Register ¤ Login
Keris Dan Melayu Takleh Dipisahkan
En Sulaiman Ramli - Fri 12/Mar/10, 3:10am [Last Comment]

KERIS...

ASALNYA HANYA BESI BURUK YG TERTANAM DI DALAM BUMI..

DIBAKAR DAN DIKETUK, DIBAKAR LAGI DAN DIKETUK LALU DICELUP DLM AIR.. DIBAKAR LAGI DAN DIKETUK LALU DIBENTUK PULA LUK NYA...

KEMUDIAN DIUKIR SENINYA HALUS, DIASAH LUK NYA TAJAM... SETIAP MLM JUMAAT DIASAPKAN DAN DIBACAKAN MENTERANYA..

KALAU KENA BARU BISA, BISA LUKANYA PARUT MEMBAWA MATI...

ITULAH KERIS LAMBANG BANGSA MELAYU...
  1. En Sulaiman Ramli - 12 Mar 2010, 3:16am
    MORALNYA:
    KLU NAK MENDIDIK BANGSA MELAYU NI LIHATLAH KEJADIAN KERIS BGMN..

    ORG MELAYU NI KENA BAKAR KENA KETUK BARU NAK GERAK...

    DAH KENA BAKAR KENA KETUK KENA SEJUKKAN LAK KLU TAK MERAJUK PULAK...

    DAH TU KENA BENTUK JALANNYA, KENA UKIR SIFATNYA PERIBADINYA, KENA AJAR KATA2NYA BERSENI..

    DIASAH PEKA TELINGANYA, DIASAH TAJAM MATANYA, DIASAH NILAI HATINYA.. MAKA SEGARLAH MINDANYA..

    SETIAP MINGGU KENA SELALU JUMPA DAN TERUS KASI MOTIVASI HINGGA AKHIR HAYAT... BARULAH AMALANNYA BISA SAMPAI MENUSUK KALBU...

    CONT..

  2. Ismetzal - 12 Mar 2010, 2:50pm
    tahniah en sulaiman...perumpamaan yang cukup berseni...

  3. Rahman - 12 Mar 2010, 5:42pm
    Keris melambangkan adab melayu yg lemah lembut dan sopan santun. Sebab tu keris zaman dulu2 disisip ke pinggang... orang tak nampak dan senjata tu tak menonjol... dan memperlihatkan keadaan persekitaran kesultanan Melayu yg aman damai (berbanding dgn tempat2 lain didunia). Tetapi jika terancam... ia boleh dihunuskan utk mempertahankan diri.

    Bandingkan dgn pedang samurai katana yg panjangnya sedepa. Ia menunjukkan masyarakat yg biasa berperang dan keadaan persekitaran yg amat merbahaya. Cara membawa pedang samurai (dan pedang2 lain) juga menonjol dan digunakan utk menakut2kan sesiapa yg berani buat kacau.

  4. Mama Noty - 18 Mar 2010, 1:10am
    Sebab pakai pedang samurailah sampai sekarang diorg ni menjadi salah satu bangsa yg disegani, dikagumi dan menjadi sumber inspirasi atau contoh kepada bangsa atau negara lain..peneraju dlm byk bidang terutama teknologi permotoran..
    Yang pakai keris ni pulak, nak tunjuk muka pun malu2, x yakin, teragak2 bila terpaksa br tunjuk muka..
    Betullah apa yg en.sulaiman umpamakan tu..Agaknya kita pun kene pakai pedang samurai jugak + pistol, tp berlandaskan islam supaya nilai-nilai murni masih terpelihara.....

  5. Bapak Tiri Ismetzal - 01 May 2010, 12:20am
    mama noty...btul la kata hg
    kita kene berubah...dr pakai keris kepada senjata yg lebih moden...praktikal.

  6. Ammir Syafiq Ammir Hamzah - 22 May 2010, 10:17pm
    alangkah bagus kalau pendapat cik sulaiman ni diusulkan terus pade p.m kite..

  7. Hasfa - 25 Jul 2010, 9:11am
    Pandangan Mama Noty agak menarik untuk dinilai semula. Pemikiran baru macam jugak Hang Jebat yang dinobat *Hero*dibandingkan H Tuah. Setuju.

  8. En Sulaiman Ramli - 01 Aug 2010, 6:11pm
    salam... siapa yg pakai apa jenis senjata sekali pun tak jadi persoalan.. yg paling utama tahu mengolah senjata tersebut seiring dgn peredaran masa skg ni.. spt cth, jika di USA memang terkenal dgn koboi, mereka bersenjatakan pistol, jadi jika kita lihat bgmn mereka melangkah setapak kehadapan hnya dgn pistol dahulunya tapi kini mereka mampu mencipta berbagai2 jenis senjata dan peralatan2 canggih drpd besi... ada kapal2 induk yg besar2 dan jet2 pejuang yg hebat2.. malah kereta2 mereka juga tiada tandingan dan mereka amat bangga dgn keluaran ciptaan dlm negara mereka...

    begitu juga di jepun, kalau mereka boleh buat samurai drpd besi, tentu ada 'resepinya' bgmn mereka melangkah ke hadpan dgn terhasilnya ciptaan2 seperti nissan, toyota, honda.. malah ada antara keluaran produk mereka memecah tradisi barat dan mampu bersaing.. valentino rossi juga menunggang yamaha dan meletakkan jentera tu dihadapan..

    tapi hari ini kita sendiri bagai hilang punca di mana 'sangkutnya' teknologi org melayu.. sedangkan dahulu kita mampu mencipta keris drpd besi... sudah tentu dlm klngan org melayu ada tukang2 besi yg hebat2.. tapi ke mana hilangnya kreativiti itu hr ini.. mungkin kita perlu 10 tahun lg, 50 tahun lg... @ 100 tahun lg... utk melangkah kehadapan.

  9. Hasfa - 01 Aug 2010, 8:59pm
    Dalam soal ni banyak kes *kedekut ilmu* berlaku. Samada tidak pandai mencari atau si ilmuan tu sendiri yang sukar atau takut bagi semua ilmu yang dia tahu kat anak murid dia. Mungkin takut lawan tokey ke. Jadi banyak pengetahuan/ilmu tertentu tak sampai dengan lancar dan sepenuhnya. Persilatan antara contoh utama. Jadi kualiti makin turun. Macammana nak majukan dengan pesat dan pantas jika terpaksa mengkaji semula prasa2 yang hilang.

  10. En Sulaiman Ramli - 01 Aug 2010, 10:56pm
    yap betul tu... dlm silat salah 1 yg dapat kita lihat.. skg ni dah ada level2... tali pinggang pun dah mcm2 kaler la.. yg paling ketara pengamal persilatan skg ni lupa bhw jika mereka belajar silat yg sebenarnya kena juga belajar ilmu rawatan, takde lah bila terkehel jer dah ke klinik.. org dulu2 siap bersilat, cara rawatan, buat penawar semua dlm 1 pakej... skg ni hampir pupus semua tu disebabkan tok guru takut anak murid lawan tokey kot @ apapantah pulak.. tak pun disebabkan peredaran masa yg membuatkan benda tu semua mcm x sesuai dgn ms kini..

Page 1                        (Total comments 10)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. We does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT / REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. We assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by us, however we reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by us. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.