salam semua, saya ada seorang adik lelaki, saya tak pasti apa masalah yg dia alami, umur dia 24tahun, pada zaman sekolah dulu, adik kesanyangan saya ni selalu kena rangging bukan setakat dgn guru tetapi dgn kawan2 juga.. mak ayah saya maklumlah org dulu2 mana pandai nak mengadu dan buat report, penah sekali adik saya terlalu takut dia terberak didalam seluar akibat terlalu takut nak minta izin dgn guru pergi toilet, kesannya bila dia makin membesar dia jadi seorg yg pendiam, mudah memberontak, terutama selepas mak kami meninggal... selepas tamat tingkatan 5 dia tidak bekerja selama 5tahun hingga mak kami meninggal... pinta arwah hanya nak tengok adik saya bekerja sahaja..after that ayah saya carikan dia kerja dan dia bekerja sebagai security selama setahun, bila contract abis, dia menganggur, dapat kerja baru, baru 5 hari dia berhenti mungkin budak2 nakal kot buli dia, skg ayah saya pujuk dia sambung belajar, baru masuk giat mara 2 minggu dah taknak pergi kolej, mungkin kenangan silam menghantui dia..
saya tak tahu dah nak iktiar mcmana lagi nak bantu dia, sekarang apa yg saya nampak hantar dia pergi kem motivasi jerk supaya minda dia terbuka...
dia mmg budak yg baik, rajin tetapi pendiam...
sepatah ditanya sepatah dijawapnya...
sebagai kakak saya kesiankan dia, sampai bila dia nak jadi mcm tu, saya tak pasti apa sebenar konflik yg dia alami, jika ada kawan2 dalam forum yg boleh membantu beri pandangan... tolong saya..
apa pendapat anda ttg kemmotivasi untuk dia?
Hasnul Hadi - 26 Jul 2010, 11:34pm dia perlu kaunseling..luahan dari hati kehati untuk pulih keyakinan diri..kemudian galakkan dia ambik aktiviti bersama keluarga spt main boling,berkelah, takwando dll yang dpt tingkatkan jatidiri. luahkan rasa dendam,benci dlm diri dia.. dekatkan diri dgn Allah. Beri peluang kpd dia apa yang telah dia tidak berpeluang utk lakukan masa sekolah dulu.. apa minat dia. Cari peluang pekerjaan yg sesuai dgn nya..apa minat dia.
Zila 6 - 31 Jul 2010, 12:27am Salam. Ni dr pengalaman saya sendiri. Cuba dekati adik kita tu... Cuba minta dia luahkan masalah dia. Minta tolong kat orang yang dia rapat kalau boleh tanya apa masalah dia. Tapi jangan desak dia, ada masa ajak dia berborak, bila dia selesa dengan kita lama2 dia akan bagitau kita apa masalah dia... Nak cakap pun kena la diplomasi, cakap macam kekawan je... rapatkan jurang antara kita dan dia...
Selagi dia tak bagitau apa masalah dia, kita tak boleh nak tolong... hantarla ke program apapun tak jalan kalau dia sendiri tak terbuka hati nak berubah...
InsyaAllah, bila kita selalu dekat dengan dia, lama2 dia selesa dgn kita dan dia akan bagitau apa masalah dia... Jangan lupe ajak solat dan belikan buku2 yang sesuai untuk dibaca, majalah pun takpe... yang ada informasi atau yang sesuai dengan hobi dia... Biasanya semua ni akan ambil masa...
Kadang2 bukan wang ringgit yang dia nak tapi perhatian kita sebagai ahli keluarga... Bila dah tahu masalahtu jangan marah2, cari jalan penyelesaian dan yg penting jangan bagitau pd orang lain melainkan family terdekat untuk menjaga harga diri dia... Sbb biasanya diaorang ni rasa rendah diri yang amat sangat dan tak percaya pd org lain. Jadi kepercayaan yg diberitu kena la dijaga sebaik2nya.
Minta2 semuanya dapat diselesaikan secepat yg mungkin.
Dr http://jualbeli-rumahdantanah.blogspot.com
Aishah 10 - 01 Aug 2010, 1:39am Salam Mizriena. Sy fikir awak seorang kakak yg baik. Syukur adik awak tu bertuah dapat kakak mcm Riena ni. Sy rasa, motivasi yg sgt baik untuk adik awak adalah datangnya dari dalam rumah sendiri. Yang penting, bagi sokongan, pujian apa saje kepada dia. Jgn kata tidak pada dia. Kesian, emak pun dah tak de. kalau ada emak, ape pun tentu anak dia yang terbaik. Kepada Riena, jagalah hati adik awak, supaya Allah akan berkati hidup awak. Kalau tidak kita siapalah dia suatu hari nanti. Amin.
Azrul Nizam Bin Abu Samah - 06 Aug 2010, 12:12pm kepada mizzriena... apa kata awak bawa jumpa saya... sbb adik awak nih perlu kawan sebenarnya... dia pendiam jadi punca... dia sunyi sbb takder kawan...
awak bawa dia berkawan ngan saya...
awak email saya gajah_gila@hotmail.com
lakukan istikharah...dik akan temui jawapannya..insyaAllah
Addin Global Resources - 20 Aug 2010, 8:25am carikan dia seorang kawan perempuan yang baik2. pastu selalu kerap minta pendapat dia ttg ssatu2 perkara. layan dia macam best friend kita. jgn buat dia macam adik. buat macam kawan. minta dia nasihatkan kita. buat dia rasa diri dia penting, diperlukan dan keyakinan diri dia akan bertambah.
Page 1 (Total comments 8)
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas are solely the opinion and responsibility of the person posting the message.
We does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT / REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum.
We assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents.
Visitors may post questions, comments and replies without prior review by us, however we reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason.
However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by us.
Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.