Apakah hobi Tuan & Puan di masa lapang? Hobi saya adalah mengumpul setem & pelbagai jenis kad seperti kad telepon, poskad dan kad keahlian (spt kad bank, kad 'depatmental store', kad minyak).
Saya juga nak cuba menulis buku mengenai pelbagai jenis hobi yang boleh mendatangkan sumber kewangan.
Rahman - 07 May 2010, 5:49am Masa kecik2 hobi saya kumpul timah (yg lekat pada wire rumah kayu lama2) dan kumpul magnet pelbagai bentuk (diambil dari TV/elektronik terbuang).
Isteri saya suka baca novel Melayu dan kumpul novel dari pelbagai penerbitan seperti Alaf 21, Jejari Seni, KakiNovel dan lain-lain.
Rahman - 07 May 2010, 7:29pm Actually pandangan saya mengenai hobi ni adalah lebih baik ia dijadikan pekerjaan sampingan dan akhirnya pekerjaan tetap apabila pendapatannya dah mula melebihi pendapatan pekerjaan harian kita (yg kita tak berapa minat).
Orang yg membuat bisnes berasaskan hobi, bisnes dia akan terserlah dan customer akan akui kepakaran mereka dan kemungkinan besar akan datang lagi.
Ini adalah kerana mereka sentiasa update pengetahuan dan experiment berasaskan hobi mereka. Jadi mereka ni belajar sepanjang hidup mereka (R&D seumur hidup) maka sebab itulah mereka akan jadi expert.
bandingkan dgn seorang Doktor yg main2 dan tak berminat nak jadi doktor. Dia hanya nak buat duit shj & minat benda lain contohnya business restoren. Doktor ni nanti akan jadi doktor cabuk... dimana kepakaran mereka hanyalah hidup segan mati tak mahu kerena mereka langsung tak sambung R&D dan belajar tambahan selepas lulus univ. pengetahuan mereka terhenti setakat tu je.
Semuanya kerana pekerjaan mereka tidak berasaskan hobi/minat yg mendalam terhadap sesuatu bidang.
Rahman - 07 May 2010, 7:32pm Oleh kerana Hobi ini amat penting, saya sentiasa mengawasi apa hobi anak2 saya. Saya akan galakkan mereka menceburi bidang yg berkaitan rapat dgn hobi mereka nanti.
Tak kisah apa bidang pun (tak semestinya doktor / lawyer / engineer shj). Jika dia berminat melukis, saya akan usahakan dia masuk ke univ yg mementingkan art dan creativity & supaya dia boleh bekerja dalam bidang yg diminatinya satu hari nanti. Dan juga akan jadi mudah utk dia memulakan bisnes berasaskan hobi & expertise & ijazah dalam bidang yg diminatinya.
Isteri saya pulak suka kumpul novel2 sastera hard-cover English. Tapi masalahnya... dia tak suka baca novel2 tu... cuma dia suka tengok kulitnya je yg cantik bila diletakkan dalam almari di ruang tamu... hehe..
Abdul Halim Ismail - 08 May 2010, 10:25pm Tks Rahman, saya suka baca cerita2 awak kat forum ni. Saya sebenarnya dah mula berniaga kecil-kecilan berdasarkan hobi kumpul setem dan pelbagai kad kat ebay, mudah, dan website niagakit.
Anak2 tu macam biasalah minat mengadap komputer atau main game, mungkin boleh jadi programmer, designer atau IM agaknya.
Nurul 33 - 10 May 2010, 5:49pm Hahahaha iya betul tu Rahman...hobi akan lebih terserlah kalo kita buat dia jd pekerjaan...dulu kecik2 saya suka sgt menyanyi...x kira dlm toilet pun menyanyi...sekarang saya part time menyanyi n dpt hasil...dan skrg nyanyian saya lebih bagus daripada dulu...hahahahhaha
Hellibra2 - 12 May 2010, 11:22am Salam, hobi saya kumpul pinggan mangkok lama, sbb arwah nenek saya ada simpan benda2 tu, tp saya ambik sikit je bila dia meninggal. Tp arwah bapak saya ada beli pinggan mangkok Made in England tahun 1950an, ada yg saya amik guna kat rumah sendiri, tapi tak banyak sebab adik beradik pun amik sikit. Mungkin satu hari saya nak jual sekeping dua.
Hellibra2 - 13 May 2010, 6:35pm Salam, sdr Abd Halim beli setem tak? Kalau nak, nanti saya selongkar almari saya cari setem, dulu saya kumpul banyak gak tapi ntah mana saya boh.
Boutiqueclassique - 19 May 2010, 9:11pm hobi saya mengumpul barang2 yang bernilai tinggi dan menjualnya semula,saya baru membuat blog utk menjual sebahagian koleksi saya,sila layari www.boutiqueclassique.blogspot.com.
Mardiyana - 24 May 2010, 1:07am salam.. saye sendiri ske sangat ngan outdoor activities.. dlu ske nyanyi macam nurul33, but family tak benarkan.. so, berkubur jer ar...
ngan outdoor nih plak, saye ader bercadang nak buat bisnes macam extreme park.. but it is a conventional business.. insya Allah business plan masih lam progress...
sementara tu, saye join aktiviti orang jer.. hhuuhu... tapi macam en rahman, mmg scope awak luas kan pasal nih.. banyak yang leh share..
Mardiyana - 24 May 2010, 1:37am mmm
en abdul halim : saye ader gak setem2 lame. sebab mak saye dlu ske kumpul tapi skang nih die buat tak heran jer.. cian gak ngan setem2 tu.. saye jual kat awak jer ar ek.. :)
boutiqueclassique : kekadang menda yang orang tak pandang tu ader nilai pade kiter.. saye pun minat ngan barang2 lame nih.. maybe leh share sumthing :) email me, k?
nurul33 : menarik ar citer awak yang skang dapat wat ape yang awak nak... leh kiter share citer.. :) sebab saye nak carik part time back up singer.. mane tau ur experience leh bantu.. email ar kat saye ea..
mardiyana23@gmail.com
Nea - 31 May 2010, 12:33am hobi saya plak suka main bowling... Ingat lagi dari sekolah menengah ligat je klu ada yang ajak main. Sampaikan sanggup ponteng tuisyen la jgk... (p/s: family mmg tau saya ponteng sbb mcm susah nak halang hobi saya ni). Bila abis SPM, sambung blaja kat U pun masih main bowling sehingga wakil fakulti la jgk. Waktu dah bekerja pun 'giler' main bowling jgk. Bak kata iklan tu... makan bowling, tdo bowling dan semuanya bowling. Sehingga la 1 ari ni, saya disahkan mendapat penyakit yg memerlukan pembedahan perut (doktor kata super major operation). Lps operate doktor dah warning no more bowling! Sedih gak sbb kena stop satu2nya hobi saya yg paling best.
Lagi satu... Saya setuju pendapat En. Rahman tu. Kdg2 hobi tu bleh dijadikan pendapatan sampingan dan tak mustahil pendapatan tetap. Macam sekarang... terus-terang saya ckp yg hobi saya ni adalah makan... hehehe (malu la plak!) jadi untuk tambah pendapatan, saya buatlah bisnes yg berasaskan produk makanan. Bkn xde bisnes lain yg saya cuba. Dulu pernah jgk meniaga kain la, prepaid la, lampin pakai buang la... tapi x brape menjadi. Sekarang ni saya buat part time jual makanan. Alhamdulillah, ada sambutan. Kesimpulannya.... Hobi saya sekarang ni MAKAN dan dengan hobi saya jgk la saya tambah rezeki saya. Hehehehe...
Abdul Halim Ismail - 31 May 2010, 4:37pm Nea, tks, seronok baca pasal hobi bowling tu, dulu saya pun suka main bowling, tapi lepas 'slipped disc' (jatuh motor), dah tak main lagi. Saya pun bercita2 suatu hari nanti nak buka cafe ala2 'Hobi Station', nak pamirkan pelbagai hobi menarik yang dimuat dalam frame (contohnya), spt setem, poskad, kadfon, etc. Kat tempat saya ada Ipoh Station (dia pamirkan pelbagai barangan antik).
Nea - 01 Jun 2010, 1:11am Menarik konsep tu. Sambil mkn customer bleh tgk item2 yg dikumpul. Selain tu kita pun bleh jual kpd yg berminat. Mcm sestengah restoran skrg ni, kita boleh beli meja antik yg kita dok mkn tu if kita minat.
Nea - 01 Jun 2010, 1:14am Perasan tak? ape2 pun, Nea mesti akan ckp bab mkn kan? Teruk btul la Nea ni kan? Hobi yg x dpt dipisahkan.... Hehehe.
Abdul Halim Ismail - 02 Jun 2010, 11:28am Ya Nea, saya baru perasan, takpe menarik awak cita tu esp pasal boleh beli meja antik kat restoren jika nak. saya pernah tengok Ipoh Station, dia pernah buat jualan ala2 car boot sales atau flea market di depan kedai dia. tks Nea. saya pun minat gitu juga pamir dan jual, saya nak masukkan sekali rak-rak buku, nak baca sambil makan boleh, nak beli pun boleh.
Nea - 10 Jun 2010, 6:45pm Kalau tak pun, ape kata buku tu buat sewa. At least kita masih owner pada buku tu.
Nadiana - 22 Jun 2010, 8:40pm nea : saye pun penah terpk gak.. nak sewakan buku2.. sebab umah saye macam library.... huhuhu :P
Hellibra2 - 29 Jun 2010, 11:40am Salam, dah lama tak join ni. Maaf En Halim saya tak jumpa mana saya letak setem dan FDCs saya dulu. Nanti kalau jumpa saya sound balik ya. Ada sesapa berminat nak beli pinggan mangkuk lama, 40-50 tahun usia?
Maklang - 29 Jul 2010, 5:01pm Sambil2 bincang hobi tu meh kita baca..
Isu gay ini pada saya adalah isu lama. Cuma ia jadi kecoh sebab banyak
kegiatan mereka terbongkar, dan ada yang sengaja ditunjukkan secara terbuka
kepada kita semua (mungkin untuk meminta masyarakat mengiktiraf jenis
kehidupan mereka). Bagus juga ia kecoh, sekurang2nya, banyak mata yang
tertutup (atau buat2 tutup mata) sedar akan permasalahan ini.
Kerana apa saya katakan isu lapuk di Malaysia, kerana kalau anda lihat
berita2 diTV dan radio, berapa lingkungan umur mereka yang tertangkap? Ada
yang hampir mencecah usia senja. Maknanya mereka ini sudah lama ada, cuma
'berselindung didalam almari' saja. Dan jangan terkejut kalau saya katakan,
lelaki dirumah anda itu mungkin gay, be it your husband, your son, your
brother, your brother-in-law, your grandson, etc. Maka sebelum anda asyik
menunding jari pada gay2 diluar sana, teliti2lah orang didalam lingkungan
hidup anda.
Dan kerana itu jugalah saya fikir, sudah sampai masanya kita sebagai orang
yang diberi kesedaran oleh Allah akan bahaya dan kesan "perhubungan sejenis"
ini pada kehidupan dan masa depan kita, untuk berbuat sesuatu.
Apa yang boleh dibuat? Nak gubal undang2, rakyat marhaen spt kita ini tidak
ada kuasa. Nak hukum mereka? Juga bukan hak kita, kecualilah kita punya iman
yang kuat dan mereka terang2an melakukan dosa yg dilaknat Allah.
Pada saya secara peribadinya (yang mana iman tidak kuat ini), perkara paling
baik boleh dibuat ialah dengan menegur dan mendidik.
Mendidik mereka yang bukan gay, untuk fahami isu dan hakikat, dan untuk
mereka sedar akan tegasnya amaran Allah berkaitan perbuatan ini. Dan
pendidikan ini perlu bermula sekarang, bukan waktu anda tahu anak lelaki
kesayangan anda itu gay satu ketika nanti (semoga dijauhkan Allah).
Juga mendidik mereka yang gay (atau sedang ingin menghampirinya) supaya
mereka dapat kembali menjadi hamba Allah yang tidak cuba menguji amaran yang
telah diberikan Allah.
Dan juga mendidik diri kita sendiri dan masyarakat secara umumnya akan
keperluan untuk mendidik mereka yang terlibat dalam kes2 sebegini.
Saya rasa anda tahu yg sebahagian besar mereka yg terjerumus dalam
perhubungan sejenis ini adalah golongan lelaki lembut, yang sering kita
pandang rendah dan jadikan mereka bahan hiburan untuk diketawakan (tanpa
kita tahu apa kesannya). Saya tinggalkan anda disini, untuk anda sambung
perbincangan isu yg agak berat ini, dan terpaksa kita hadapi serta berbuat
sesuatu.
Jika sudi untuk membaca repekan saya berkenaan isu ini, silakan ke blog.
hobi i sekarang bukak majalah.com bila ada ms lapang. Ni pun ngantukkk bangat! Td Minum miLo.. td i lunch kat satu kedai melayu.. u all yg bisness kedai makan ni service tu biarlah 5 star even kedai xde star. baru org ingat selalu. Dah la lambat nak amik order, mee goreng RM4.50 cuma ada mee+sayur+ayam dadu dalam 3 cebis je! baik makan mee cedok.. yang kedai service bagus+makan sedap tutup la plak.. da seminggu tutup lingkup la kot!
Service i memang bagi 10/10 kat kedai mamak! x sempat duduk da dtg amik order. Lum panas duduk order dah sampai..
Aizam 2 - 19 Aug 2010, 11:02pm tolong bantu, saya tak tau apa hobi saya la
saya suka tgk tv & baca pape kt intenet i.e mcm forum ni, boleh buat duit ke?
Mexbaby - 26 Aug 2010, 12:42pm Aizam 2 ~ i teringat ms blaja dulu lecturer duk tanya
"..what is ur hobby & what is ur interest?.." macam sama tapi lain.
Hobby : Read novel
Interest: thriller story
So, maybe ur hobi tengok TV.. Minat u kartun sinchan:p
MDC ni leh wat duit ke x???
for me.. Yes!
Page 1 (Total comments 33)
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas are solely the opinion and responsibility of the person posting the message.
We does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT / REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum.
We assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents.
Visitors may post questions, comments and replies without prior review by us, however we reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason.
However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by us.
Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.