Hargailah Isteri Anda Sebelum Terlambat.. Mia 3 - Sun 27/Jun/10, 1:33am [Last Comment]
Saya menyanyangi suami saya.
saya sanggup berkorban untuk suami dan anak - anak.
namun bila kesenangan dikecapi saya dan anak - anak kehilangan kasih dan perhatian seorang suami.
Saya seorang wanita berkerjaya... bersuami seorang lelaki yang asalnya bekerja sebagai seorang kerani dengan gaji yang amat rendah namun saya terima dengan hati yang terbuka.
Saya rindu dengan kehidupan yang saya lalui saat sebelum dia bertukar kerja sebagai driver dengan gaji melebihi 4 angka sebulan membuatkan dirinya umpama lupa daratan.
saat saya menulis ini airmata saya sudah kering mengingatkan pengorbanan saya yang sangat dipersia-siakan.
Sepanjang perkahwinan kami saya tidak pernah berkira wang ringgit yang dikeluarkan. hatta baju raya suami pun saya belikan tanda sayangkan suami walaupun ketika itu dia tidak mampu membelikan baju dan keperluan untuk saya dan anak2. hampir semua saya tanggung kerana memahami gajinya yang sedikit. kami sekeluarga amat rapat. namun semua itu tinggal kenangan.
Saat wang gajinya melimpah ruah...sedihnya hati apabila saya sebagai isteri meminta wang belanja rumah diherdik dikatakan mata duitan. tak banyak untuk 3orang anak hanya rm500... itulah susu, makan, minum, pampers, taska.. segalanya.. namun suami saya hanya bagi rm300 sahaja. katanya gaji saya ada.. begitukah seorang suami. terkeluar dari mulutnya... dia penat bekerja buat apa dihabiskan duit untuk kami sekeluarga. malah seringkali mengugut saya untuk bercerai.
memandang wajah anak- anak saya bersabar. saat ini saya kesusahan. hutang yang banyak malah menanggung semua bil dan keperluan anak- anak. saya tertekan. malah naluri saya sangat kuat mengatakan suami saya mempunyai perempuan lain. sering cuba menipu saya dengan pelbagai cara malah sering meninggalkan kami dengan alasan menghantar majikannya.
Bayangkanlah saya mengharungi kehidupan ketika ini... bekerja membanting tulang, pulang kerumah menguruskan rumah, menguruskan anak... tiada bantuan dari suami... dengan kepenatan.. kepayahan dan suami hanya pulang tidur dan bangun untuk pergi bekerja. apakah salah saya sehingga pengorbanan saya disia-siakan ?
kadang - kadang terdetik dihati saya yang sangat setia dan sayang kepada suami, mengapakah saya tidak bertemu lelaki yang menghargai isteri seperti saya yang berkorban dann menhargai suami.
Rahman - 27 Jun 2010, 10:47am Mia, Semasa saya belasan tahun, saya menonton satu drama. Dalam salah satu babak tersebut ada seorang wanita menangis..
Mangsa wanita: (sambil menangis) ini tidak adil.. kenapa saya dianiaya...
Lelaki jalang: Siapa kata dunia ni adil?
Saya tersentak dengar jawapan tersebut. Saya termenung panjang. Ayat lelaki jalang tersebut bermain2 di fikiran saya sehingga kini.
Utk pengetahuan MIa, cerita drama tu saya tonton kira2 14 tahun dahulu. Sampai sekarang saya tak boleh lupa kata2 lelaki jalang tu. Tetapi ia mengingatkan saya betapa kerdilnya kita di dunia ni.... dan betapa rakus dan tidak-adilnya sesetengah manusia.
Selain meminta Allah membalas kejahatan manusia, kita mesti membuat sesuatu untuk mengubah kezaliman yg berlaku keatas kita.
Saya dengar Dato' Shahrizad ada banyak program2 yg boleh membantu wanita teraniaya. Mulakanlah sesuatu utk mencari jalan penyelesaiannya sebab kalau kita teruskan menangis.. sampai kering air mata pun, tuhan tidak akan mengubah nasib kita ... kecuali.....
Marsita Ishak - 28 Jun 2010, 2:00pm salam, mia.saye hrap awk tbah dlm mgharungi dan menghadapi masalah rumah tangge. mungkin ade hikmah disebalik dugaan yg tuhan berikan..percayalah pd NYA.
Cekal dan tabah yer.perbayakkan brdoa, solat sunat..
Haslina Binti Hashim 2 - 29 Jun 2010, 12:16pm ORANG IKHLAS TERTINDAS
Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa
kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik,
ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…
Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah.
Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di
hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta
keharmonian, keseimbangan…
Lalu di Sini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk
mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri
atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?
Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita
orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan
hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?
Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah
kami untuk ikhlas…Amin.
Untuk semua pembaca dan khasnya saudari Mia, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah diri.....
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas
walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu
saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah
organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata
seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa
bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran
yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak
ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah
berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir
dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan
yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah
digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang
berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika
bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau
mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya
kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi
sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion
masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya
sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik
gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat
dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih
anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi
ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih
sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada
kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri
dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you
give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan
kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi
Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat
saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan
dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa
yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan
yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta
yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah,
lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat
kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan
dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau
setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong.
Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya
logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi
laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu
tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.
Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan
kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk
membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang
tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan
manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas
kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu
lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha
Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak
memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang
melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula
kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah
Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia
lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia.
Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang
lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau
gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih
baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang
mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan
hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back…
Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.
Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada
kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki
bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang
lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang
tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi
Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang
sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh
Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi
kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita
buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau
kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan
berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan
berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya
mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang
derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang
tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan
ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar
impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi
peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada
lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
Mia,
Tulisan ini disampaikan oleh seseroang sebagai renungan untuk semua....
Zaidi 9 - 30 Jun 2010, 11:54am Yup..sayangi Isteri anda......anda anda pasti akan dapat nikmatnya dunia akhirat....
Zaha 2 - 01 Jul 2010, 6:11pm Secara peribadinya saya pun dah pernah mengalami peristiwa yang hampir sama,ada isteri yang baik dan penyabar namun saya masih mencari calon isteri yang baru.at last dapat gak kawin dgn bini baru tu mudah,jelite dan begetah (maklumlah masih nak dara umur pun baru 18 thn).skrg ni hampir 12 tahun berlalu,hari -hari saya yang kena maki hamun,carut dn mcm-mcm lg.padan muka aku.tp walaupun kena (tiow) setiap hari saya ikhlas membela dia beserta anak2nya.rasanya ini lah balasan yg setimpal pd sy.kpd yg baru nk berjinak2 beperangai mcm saya silakan dan standby ttg balasanya.setiap perbuatan ada balasanya.pd mia bersabarlah.jangan lupa sembahyang jangan tinggal dan byk2 berdoa agar suami tu berubah.kesian dia kalau kena mcm saya.
Rosli 16 - 03 Jul 2010, 2:50pm tapi ...bagi saya dua-dua kena ada timbang rasa ...isteri say pun ada melawan cakap saya masyallah.
Aisyah 3 - 04 Jul 2010, 7:44pm Hanya doa yg mampu dipanjatkan..semoga tabah menghadapi segala dugaan dariNya.
Cuba usahakan, cari peluang utk berkomunikasi secara telus tentang permasalahan hubungan anda sebagai suami dan isteri.
Insya Allah, pasti dapat penyelesaian..
Kepada sang suami, hargai lah penat lelah, pengorbanan seorang isteri..
Laduni - 07 Jul 2010, 4:07pm Bersabar dan berdoa..... Segalanya boleh berubah semula dengan izin Allah.
Jef J - 19 Jul 2010, 1:15pm btul la tu doa tu penting. tp lumrah sekarang susah nak cari yg bertanggung jawab. klw suami ok isteri plk buat hal mcm tu la sebaliknya.....dapatkan tips2 dari ceramah dato dr fadilah kamsah sy rasa tips dia berguna cth doa2 dan solat2 yg kt blh buat tuk tarik balik perhatian suami.sy doakan suami pn berubah
Puterahitam - 23 Jul 2010, 3:00am kalau lelaki tu ugut nak cerai dan bermain ngan talak memang dah tak berguna. saya paling benci lelaki macam ini....
En Sulaiman Ramli - 23 Jul 2010, 4:29am luahan perasaan je tu, ni baru dengar sebelah pihak... apa yg berlaku tu ada hikmahnya dan timbal balik dia..
Mar - 23 Jul 2010, 5:03pm Bykkan doa dan solat mohon bantuan Allah yer..saya pun alami nasib yg sama sb suami banyak hutang..perbelanjaan keluarga sy yg tanggung wlupun sama2 kja..nafkah tak pernah dpt spt yg sepatutnya...sb sabar dan kesian anak2 rmhtangga bertahan smpai skrg tak berhenti mohon drpd Allah semoga dia berubah..
Hasnul Hadi - 27 Jul 2010, 12:00am Demi anak2 lebih baik u tinggalkan suami yg lupa diri. Kesian pada diri sendiri. I rasa u mampu rancangkan hidup u tanpa suami mcm ni. Pi mahkamah buat tuntutan cerai. Buat pa siang mlm berendam dgn air mata.. Kalo selama ni u tanggung pikul segala tanggunjawab sorang2..i yakin u boleh teruskan hidup ni tanpa dia. Semoga Allah beri jln dan temukan u dgn jodoh lelaki yg boleh menerima u dan membimbing u ke jln Allah. Bukankah Allah Maha Adil.? Biarkan dia dgn mimpi dia..satu hari nanti dia sedar tapi dah terlambat utk semua ni.. Yang penting anak2 tidak jadi korban rumahtangga porak peranda dan dia tahu siapa ayah atau ibu dia walau buruk macam mana pn tingkahlakunya..
Farrah Nadiah Bt Mohamad Kamal - 27 Jul 2010, 3:51pm tp sy mmg faham perasaan mia skrg nie.ssh sebenarnya kita nak lupakan org yg kite sayangi.tp kita ada hak utk menyuarakan kpd suami berkenaan nafkah.mcm mane susahnye dia cari duit,dia tetap kene cari duit lebih utk mia.tgk org susah kat kampung2..cari nafkah ciput jerk...ank sume berjaya.bab cerai2 sy x berapa setuju.kalu da tahap da melampau tue,baik mia jumpa parent mia sendiri,dan tenangkan diri kat umah parent.biar dia keorangan n kehidupan dia..percayalah mia,suatu hari nnt dia akn nangis dan perlukan mia..
Mummy - 29 Jul 2010, 3:18pm Hidup perlu diteruskan.. berdoa dan bersabar..sesungguhnya doa orang2 terinaya itu dimakbulkan tuhan..
Shafiz Koleksiku - 30 Jul 2010, 12:01am hai, sy beterima kasih pd semua yg berikan komen ni.amat brguna pada sy yg br 2 tahun kawin.pd puan mia harap puan teruskanlah kehidupan tu , macam dulu jugak.masa puan susah dulu, itu lebih baik.buat je macam takda apa2 yg berlaku.lgpun puan mia ada kerjaya.insyalah rezki anak2 tu slalu ada di puan.jgan risau puan tabahkan lah hati untuk bahagiakan anak2 n hati puan.pasal laki puan biarkanlah dia.tak lama mane dia nak wat prangai cmtu.dah bosan nanti duk kat rumah la dia.
walaupun sy tiada pengalaman bersuami tp hidup berbapakan seorang yg tidak bertanggungjawab memang makan hati.
sy bukan nak runtuhkan masjid tp utk apa masjid yg tidak mampu membuahkan pahala & redha...
Otai Babe - 18 Aug 2010, 9:17am Terpulanglah pada Mia. Mia lebih mngenali diri Mia dan suami. Kalo Mia boleh tahan, bersabarlah, tentu ada ganjarannya. Tetapi jgn terlalu difirkan sgt. Kelak diri yang merana. Tetapi kalo x boleh, mungkin Mia perlu mengambil 1 keputusan terbaik untuk anak2 dan diri sendiri memandangkan Mia pon boleh survive sendiri. Kita sndiri harus melakukan sesuatu untuk mendapatkan 1 perubahan. Kalo kita menangis je, xde ape yang berubah. Ingat pada anak2 dan ibu bapa. Paling utama, Allah swt...
Page 1 (Total comments 21)
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas are solely the opinion and responsibility of the person posting the message.
We does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT / REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum.
We assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents.
Visitors may post questions, comments and replies without prior review by us, however we reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason.
However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by us.
Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.