Register ¤ Login
Bagaimana Mencorak Anak Anda
Shida - Mon 8/Mar/10, 6:41pm [Last Comment]

SALAM SEMUA,,,
KALI NI SY NAK BERTANYA BAGAIMANAKAH CARA MENCORAK ANAK SUPAYA MENJADI SESEORANG YG BERGUNA ADAKAH MELALUI KASIH SAYANG, PENDIDIKAN ATAU KEKERASAN... SILA BAGI HUJAH ANDA TQ...
  1. Noriz - 08 Mar 2010, 7:53pm
    sebenarnya mencorak anak supaya menjadi seseorang yang berguna adalah dari keluarga, ibu bapa dan di kalangan orang yang terdekat. ini kerana contoh teladan perangai yang baik adalah dari kita sdiri, kalau baik perangai yg ditunjukkan mungkin yang baik itulah yg diikuti, kalu buruk mungkin buruk lah yng diikuti. itulah yang dinamakan kehidupan. sebenarnya tp saya sdiri pun susah nak katakan

  2. Siti Hajar - 09 Mar 2010, 12:39am
    ada 1 teknik iaitu teknik NLP yang amat berguna untuk dijadikan 'tools' bagaimana anda perlu mencorak anak anda...kerana segala2nya bermula dari minda anak anda...dan anda sebagai ibu bapa harus mempelajari teknik ini untuk anda berikan tunjuk ajar kpd anak2..tambahan pula, ibu bapa lah yang paling dekat dengan anak2..

  3. Belum Frust - 09 Mar 2010, 12:10pm
    Jika nak maklumat lanjut anda boleh dapatkan info utk jadikan anak anda hebat.
    Layari laman web ini utk dapatkan buku berjudul "Anakku Hebat Anakku Soleh" berharga RM39.90 (kulit tebal)...
    www.stormreaders.net/NORMASFURAH
    Buku yang mesti anda baca...jangan ketinggalan dapatkan naskhah anda sekarang.
    Anda juga boleh menghubungi emel : masalfadli@yahoo.com
    ATAU
    TELEFON : 019-4972631

  4. En Sulaiman Ramli - 09 Mar 2010, 2:23pm
    assalamualaikum..
    soal bgmn nak mencorak anak ni, lihat la acuannya dulu..

    begitu acuannya begitulah kuihnya..
    sume org nak anak jd yg terbaik.. kenapa fikir supaya nak anak jd yg terbaik?

    fikirkan diri kita dulu, kita juga anak... sudahkah kita jadi yg terbaik utk ibu bapa kita? apa saja yg terbaik kita dah buat utk mereka itulah yg kita didik anak kita.. ni lah ilmunya yg tak dapat dibeli di mana2..

    kita beli buku anakku hebat anakku soleh.. utk anak kita... kesian mak bapa kita, klu kita belum boleh jadi mcm dlm buku tu utk mereka...

    mulakan dgn diri kita dulu, kita perlu jadi yg terbaik utk mak bapa kita, baru la ada pengalaman nak didik anak kita supaya jd terbaik utk kita.. apa saja jenis buku semua tu adalah teori, kita kena praktik dulu bru tau rasa dia mcm mana...

    tepuk dada tanya selera...

  5. Norihan Binti Othman - 09 Mar 2010, 7:44pm
    salam, dik...
    melentur buluh, bniar dari rebungnya...insyaAllah..
    conth kak ambil dari seorang tokoh ibu mithali yang mempunyai 13 orang anak-anak yang berjaya dalam hidup. beliau mengamalkan membaca ayat kursi sebanyak 41x seorang...semasa anak2 sedang lelap tidur. xkiralah..malam ini 3x, besok 5x...asalkan cukup 41x seorang. sambil tu, berikan kata-kata ransangan yang baik.
    banyak lagi petua. boleh emel:
    raihanberkat@yahoo.com
    subjek: anak pintar/apakatawanita

  6. Naza 3 - 10 Mar 2010, 2:09am
    pendapat kakak2 dan abang kita tu memang betul belaka...lagi2 chief sulaiman kita...saya cuma nak shida fahamkan yg ni je...

    AJAR ANAK KIRA DUIT BILA KITA DAPAT GAJI...JGN AJAR ANAK KIRA BERAPA DUIT YANG KITA NAK KENA BAYAR HUTANG ATAU BIL2 KITA...

    AJAK ANAK SOLAT SAMA2 (JEMAAH)...JANGAN SURUH DIA BUAT SORANG2...

    PUJI ANAK KALAU DIA JATUH...JANGAN MARAH2 ATAU JATUHKAN DIA LAGI DENGAN KATA2 YANG MENJATUHKANNYA...

    JANGAN PUJUK ANAK YANG MENANGIS TAPI TANYA BILA NAK BERHENTI MENANGIS SEBAB ESOK2 NAK NANGIS LAGI...

    BILA ANAK ADA MASALAH...JANGAN TANYA APA MASALAH DIA TAPI TANYA APA YANG KITA BOLEH TOLONG...

    KALAU ANAK BUAT SALAH...HUKUM DENGAN HUKUMAN YANG MENDATANGKAN FAEDAH KEPADANYA BUKAN YANG MENYAKITKANNYA...

    KALAU ANAK BUAT PERKARA YANG BAIK...BERIKAN PUJI2AN TAPI JANGAN BERIKAN IMBUHAN...JIKA KEBAIKAN BERTERUSAN...BARULAH PERTIMBANGKAN GANJARAN TETAPI BUKAN IMBUHAN...

    ada banyak lagi sebenarnya tapi shida fikir dulu kenapa...kita bina anak2 kita dgn perkara2 atau unsur2 positif dengan cara begitu dari awal sama seperti yg en sulaiman dan ibu norihan kita katakan...energy positif mesti datang dari kita dulu...belaian kasih sayang perlu di kawal agar tidak berlebihan atau kekurangan...pendidikan adalah asas utama cuma kita yg harus tahu hala tuju dan cara pendekatan yg sewajarnya...kekerasan harus dielakkan kerana anak selalunya akan memberontak...kecewa...atau sedih yang mengundang unsur2 negetif...Jangan cuba mengubah keadaan anak2 kita kerana mereka sedang melalui proses awal mengenal kehidupan yang mana pengalaman itu nanti akan kekal di dlm ingatan mereka sampai dewasa...cumanya...cara kita mengendalikan suasana waktu mereka melalui proses itu yang harus diubah...Insya'Allah...

  7. Ayien - 10 Mar 2010, 11:53am
    Norihan, bagus tips anda itu. Insyaallah saya akan amalkan untuk anak saya. Saya pernah terbaca untuk 'mendidik' anak adalah 10 tahun sebelum dia dilahirkan. Ini bermakna ibubapa perlu mendidik diri sendiri, mematuhi arahanNya dan meninggalkan laranganNya.

  8. Shida - 10 Mar 2010, 10:02pm
    JIKA ANDA RASAKAN PEMBELAJARAN PENTING BG ANAK ANDA,, MULA SEKARANG UTK MENDAPATKAN PRODUK ONLINE DARI UTUSAN MALAYSIA (HOME TUTOR) MENJAMIN MASA DEPAN ANAK ANDA...TQ

    LAYARI LINK NI

    http://registration.tutor.com.my/signin/482529/

  9. Belum Frust - 11 Mar 2010, 6:32pm
    Buku "Anakku Hebat Anakku Soleh" adalah panduan mendidik anak menurut Islam yg ditulis oleh Ust Zahazan Mohamed. Sebagai ibu bapa, kita kena fikir utk menjadikan anak kita yg terbaik..sbbnya kita akan disoal di akhirat kelak. Adakah kerana kita 'belum hebat' kita menidakkan hak anak kita utk mendapatkan yg terbaik dari kita. Saya beri satu contoh, Allah hanya menerima solat yg khusyuk. Lalu syaitan berbisik "buat apa kau solat tonggang tonggek sedangkan kau tak khusyuk, Allah gerenti tak terima solat kau". Persoalannya adakah kita perlu tinggalkan solat yg wajib itu hanya kerana alasan kita solat tak khusyuk? Jawapannya, tidak. Kita perlu terus bersolat dan mencari jalan bagaimana hendak khusyuk dalam solat. Justeru, persoalan ttg ibu bapa yg hendak menjadikan anaknya hebat sedangkan mereka belum lagi menjadi anak yg hebat tak timbul. Saya beri satu contoh lg...adakah kita tak perlu beri nasihat kpd anak kita agar belajar rajin2 kerana kita dulu tak rajin ke sekolah? Tentu tidak kan! Sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab menjadikan anak kita 'HEBAT' dan 'SOLEH', dan dalam masa yg sama kita berusaha utk menjadi anak yg 'HEBAT' dan 'SOLEH' kepada ibu bapa kita.
    Ingatlah, 3 perkara yg tak terputus pahalanya walaupun kita dah mati ialah : 1) sedekah jariah 2) ilmu yg bermanfaat 3) doa anak yg soleh kpd ibu bapanya.
    Masyarakat kita terutamanya Melayu amat malas membaca! kalau nak mengaji depan tok guru...jauh sekali. Sbb itu lah ramai yg tak tahu mcm mana nak jadi anak yg baik dan bagaimana nak mendidik anak jadi yg terbaik. Ini bukan soal teori atau praktik. Ini persoalan bagaimana nak praktik jika tak ada teori.
    Justeru, kita diseru agar membaca. Bukankah ayat AlQuran yg pertama diturun menyeru kita supaya 'MEMBACA'...fikirkanlah...
    Satu perkara lagi...kita lebih suka membaca bahan-bahan yg ringan spt surat khabar, majalah hiburan, gosip sana gosip sini, cerita sensasi ttg artis...porno dan sebagainya. Tapi bila disuruh membaca bahan ilmiah dikatakan 'ITU TEORI'.
    Oleh itu, jika anda mahu mengubah mentaliti iaitu cara berfikir anda...banyaklah membaca terutamanya AlQuran dan bahan bacaan yg berbentuk ilmiah. Saya cadangkan layari laman web ini, www.stormreaders.net/NORMASFURAH

  10. En Sulaiman Ramli - 12 Mar 2010, 2:20am
    salam.. jgn la duk taksub dgn kitab (buku) tulisan manusia, anda boleh jumpa mcm2 buku dan mcm2 tajuk, cne nak jd soleh la... cne nak maju la, nak suksess la, nak jadi jutawan la, nak jd insan bertanggungjwb la dan bla bla bla...

    Allah turun kan Al-Quran.. supaya manusia dpt jadi manusia yg dapat membezakan mana yg haq (benar) mana yg bathil (salah)...

    dan tidak mencampur-aduk antara yg haq dan yg bathil itu..

    kat sini pun dah nampak ada dasar prinsip dlm diri manusia....

    barulah PETUNJUK yg ada dlm kitab Allah dpt dijadikan PEDOMAN (pertimbangan)..

  11. Ayien - 12 Mar 2010, 10:41am
    Saya sokong En Sulaiman, ramai yg baca buku, banyak buku sehingga penulis satu dunia nak dibacanya, tetapi Al-Quran tidak dibaca dan difahamkan maksudnya.

  12. Merc - 12 Mar 2010, 12:19pm
    ...ADAKAH MELALUI KASIH SAYANG, PENDIDIKAN ATAU KEKERASAN... topik ni good 4 fmly man...husband n wife...those teachers...kawan2 disamping anak...faktor pengaruh luaran...n siapa yg mendampingi anak us...ada yg faktor individual cause pun mungkin...dr naluri..media, berita, internet...every steps perkembangan anak harus diawasi ...peringkat umur semasa affect cara pemikiran ...yes n fmly harus luangkan masa...quality time bersama kids...jgn only sibuk $$$$...take care kids supaya mereka anggap v r also their friends...so apa2 kids mudah luahkan 2us apa2 in mereka punya minda....fmly hv 2 show good example...yes yg setelah mereka dewasa ni after graduate pun ada poblems lain utk d risaukan...d best is since dr kecil lah ... biar base ni kukuh....via pakar ceramah2 tentang ni pun fmly harus attend supaya more guidelines ...how 2 handle cause not every kids same,,,yes must fine tuning...ada yg nak lembut, soft speech...ade yg perlu keras not meant rotan for kekerasan....je...d maklum balas antara 2 pihak ... ffmly n kids perlu wujud mean share after misunderstand of happening..x biar berlarutan...simpan in heart bad feeling...dengki or....just improve how 2 komunikasi well...yes..is is not easy...cakap je senang...everybody hv make mistake...not tu judge right or wrong but fokus kpd ...yes d cause of happening..yes more on pendidikan..love,,..supaya v also show goog example...kids observe us as fmly...if v kasar maka they sure kasar lah...yes kita boleh lihat kenapa some fmly background ada kes2 spt ni...kdg2 muncul d suratkhabar muka depan...nowadays terlalu banyak unsur2 luaran..dalaman..d best is start from us...v learn n learn...yes ni yg pasal $$$$ minat biz ... sambil2 switch ur fokus ... relax n hadap TV ... nak plan future biz after retire or dah retire early sebab is enough $$$$ or nak more time jaga ur kids....or ur kenalan minat ber biz...di sini syorkan baca 4 more guidelines purpose...boleh didik kids future jadi usahawan...masing2 minat berbeza..so yes di sini u download je...is free, yes now selagi web ini assessible or just printout 4 ur husband, etccc....n review during freetime...yes...hope u all success dlm membimbing our anak dgn lebih kasih sayang...rezeki dr Tuhan...yes actually;

    http://www.perniagaanmalaysia.com/index.php?ref=yes

    http://dot-my.com/index.php?ref=yes

  13. Norihan Binti Othman - 12 Mar 2010, 1:25pm
    terima kasih ayien...
    sebenarnya bermula saja semaian benih di dalam rahim, kita sebagai ibubapa hendaklah prihatin dan peka pada aa saja amalan kita...aa lagi dari segi pendapatan hasil kerja, biarlah HALAL...iaitu dalam pada mencari rezqi, ibadat kena seiring bagi menghasilkan income yang HALAL ang kelak akan menjai darah daging anak-anak kita yang bakal lahir. tapi, sayangnya, di zaman kini, segalanya diabaikan disebabkan kesibukan tugas, habis keje jam 5, sampai ke rumah jam 8...so, maghrib? kalau yang menitikberatkan solat, akan singgah kat mana2 masjid tapi, kaau yang ada sikap sambil lewa..faham2 sendirilaa...
    so, aa yang kita tanam...itulah yang kita tuai.

    bagi kak...dalam apa soal anak-anak..biarlah anak2 menangis SEKARANG...
    daripada kak menangis BESOK...

  14. Ayien - 13 Mar 2010, 11:24am
    Ya betul kak Norihan, emak saya dahulu tak pernah bekerja. Bapa kerja seorang, anak2 sampai juga belajar ke luar negara. Saya tak tahu mungkin ibubapa sekarang mengejar dan mengajar anak2 mereka materialistik. Tidak diajar hidup susah. Kecik2 sudah ada hp, psp,ipod, laptop dan segala macam gadget untuk menunjuk mewah. Alat-alat itu semuanya mahal. Macamana ibubapa mereka dapatkan saya tidak tahu. Kalau betul jalannya betullah juga cara anak menghargainya dan menggunakan dengan berfaedah.

  15. En Sulaiman Ramli - 13 Mar 2010, 1:30pm
    salam..
    dulu dan sekarang dah terlalu jauh berbeza.. soal beberapa faktor kita kena lihat juga sebb semua tu mampu mempengaruhi minda dan tumbesaran anak2 kita.

    kita pernah lihat dulu malah kita pun masing2 ada yg pernah melalui masa yg mana, pg2 gi sekolah, ptg plak ada sekolah agama sampai asar, mlmnya dah pegi surau solat maghrib dan isyak... pastu balik umah habiskan keja sekolah... hat ni ntara rutin sesetengah kita...

    kat sekolah lak, kdg2 masing2 duk saling bertanya.... ko dah sampai surah mana bc quran?... klu betul dah sampai kat surah sekian2 tu.. kita siap bcakan lagi... kat situ dah ada mcm 1 motivasi semula jd akan wujud utk hidup secara bersaing dlm mempelajari ilmu Allah...

    tp skg lain lak soklannye... ko dah level mana? level?... lorrrr main online game rupanya... budak2 byk buang masa duk kat cc.. bg mak bapak yg berduit skt siap belikan komp utk anak2, main kat umah... kata mereka... senang pantau drpd main kat luar... yg lg 1 hal lak... ala anak aku bukan pi mana pun, bkn buat benda jahat, cuma g lepak cc jer..

    hat ni lah antara persepsi zaman skg...
    akui @ tidak, hiburan dah terlalu 'over'.. melebihi drpd keperluan yg diperlukan.. ada mak bapa yg menangis sebab anak2 gagal dlm nyanyian... pelik kan...

    hiburan juga perlu supaya kita tak keruan... tapi kena seimbangkan...

    cont...
    wassalam..

Page 1                        (Total comments 15)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. We does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT / REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. We assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by us, however we reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by us. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.