Register ¤ Login
Apa Dah Jadi Dengan Anak2 Melayu Hari Ini...
Naza 3 - Sat 27/Feb/10, 6:42pm [Last Comment]

Baru - baru ini saya dikirimkan satu alamat web oleh kawan saya...dia kata..."kau nak tengok budak sekolah kita belajar subjek baru tak...?"...saya pun cuba lah buka dan tersandar kejap...syok gak web ni tapi akhirnya keluar banyak persoalan dalam kotak fikiran saya...
APA DAH JADI DENGAN ANAK - ANAK MELAYU HARI INI... terutama yang melibatkan kanak - kanak sekolah...web yang menayangkan video seks yang dirakam menggunakan TELEFON BIMBIT...siap pakaian sekolah...bertudung... bersongkok dan nampak wajah pulak tu...
Apalah perasaan mak ayah mereka kalau melihat subjek baru anak - anak mereka di sekolah...ada pulak tu yang melibatkan guru sekolah...
Apa pandangan anda...mungkin sedikit sebanyak dapat membuka mata pihak - pihak yang berkenaan kerana ini adalah punca awal keruntuhan generasi muda melayu kita...kalau anda tidak bersuara...tidak ada orang yang akan mendengarnya...moga pendapat anda di ambil kira oleh AKW kita...
  1. Norihan Binti Othman - 28 Feb 2010, 1:34pm
    kepada siaa nak kita persalahkan hal ini...??
    dengan kesibukan ibu bapa yang berkarier 9am-5 pm{itu belum termasuk OT dan temujanji}.anak2 dibiarkan bersendiri..bebas dengan internet..dengan pergaulan...masyaAllah...Tambah pula...tiada asuhan TAKUTKAN ALLAH dalam setiap tindakan.RAMAI ibubapa xbersolat...hasil pendapatan diberi makan anak-anak...inilah yang menyebabkan BARAH DALAM KEHIDUPAN...NAUDZUBILLAH............

  2. Naza 3 - 28 Feb 2010, 7:45pm
    Terima kasih pn Norihan...boleh bagi cadangan tak...bagaimana kita WAJIB mengatasi masalah ini kerana bukan 2 atau 3 video sahaja tetapi berpuluh2...itu yg jumpa...yg tak jumpa...entah...ini tentu dah melibatkan ramai anak2 sekolah kita...betul apa pn cakap tu...inilah BARAH AKHIR ZAMAN...

  3. Zaza 3 - 28 Feb 2010, 8:17pm
    Rasa sedih sbb perkara spt ini sudah jadi biasa, kalau ditegur, kita pulak di marahinya.... Tak de lagi rasa malu. Apa akan terjadi kpd pelapis bangsa ini 20thn lagi...adakah nanti nama shj islam tapi tiada beza dgn yg bukan islam? Adakah system pembelajaran atau ibubapa perlu dipersalahkan? Tak perlu kita salahkan org itu ini, perbaiki diri, keluarga dan kuatkan pegangan agama. Rasanya pengalaman saya berada di beberapa negara luar, menyebabkan saya sedar betapa mudahnya saya mengamalkan agama islam dimalaysia ini, nak bersolat tanpa sekatan berbeza dgn negara luar. Tapi sedihnya, kes maksiat, buang anak, sumbang mahram makin berleluasa...Punca utama ialah bila hanya solat 2x setahun, institusi keluarga sudah tidak berfungsi, ingin kebebasan, hidup yg sudah mewah

  4. Naza 3 - 01 Mar 2010, 12:46am
    Terima kasih pn Zaza 3...pandangan yg sihat...apa yang WAJIB kita laksanakan sekarang selain mengukuhkan institusi keluarga,penekanan ke atas hukum2 agama dan pengawasan ke atas anak2...? Tugas ini sekarang terletak di atas bahu kita sebelum keadaan semakin memburuk...kalau kanser stage 4 dah kes berat...ni dah masuk stage 3 dah ni...kalau di tanya...apa akan jadi kpd pelapis bangsa ini 20thn lagi...kita dah nampak jawapannya kan...GENERASI MELAYU AKAN DATANG PASTI HILANG DI DUNIA...kerana ramai yang membesar cuma atas nama dan keturunan Islam/Melayu... KeIslaman luput...keMelayuan pupus...

  5. Ayien - 01 Mar 2010, 3:19pm
    Saya rasa ibubapa kena mainkan peranan. Banyak yang saya lihat bila mendidik anak takutkan dengan hantu.. buat ini sikit hantu.. Memang betul ramai Melayu yang lahir hanya pada nama Islam tetapi hatinya belum Islam lagi. Ibarat ketam mengajar anak. Saya rasa ibubapa Melayu kena Islam dahulu barulah anak2 jadi Melayu Islam.

  6. Naza 3 - 02 Mar 2010, 2:55am
    Terima kasih sdr Ayien...kebenarannya itulah...bila pendidikan awal kita silap maka kesannya berpanjangan sehingga anak2 kita dewasa...persoalannya bagaimana dan siapa yang nak menyedarkan ibubapa yg ada pada hari ini...setiap ibubapa biasanya akan mengatakan..."aku tau macamana nak jaga anak2 dan keluarga aku." Sebaliknya tidak seperti yang diharapkan.Bagi golongan bawah dan sederhana mungkin masih boleh menerima teguran,nasihat dan pandangan tetapi bagi golongan elit...rasanya agak susah nak terima semua ni selagi "belum terhantuk baru nak terngadah"...Mungkin kita boleh tekankan sedikit masalah ini pada pihak kementerian yang berkaitan...search address individu yang mengirim atau memuatkan video2 tersebut...tindakan wajar sama seperti org2 yang menghantar sms yang menyalahi undang2...kalau tak de akta...mungkin boleh diadakan akta tersebut...kitapun bukan nak menghukum mereka2 ini tetapi seharusnya diberikan kesedaran dan bimbingan untuk memulihkan kerosakan yang sedang berlaku sekarang...

  7. Mat 4 - 02 Mar 2010, 10:23am
    Klu 'Pertanian adalah Perniagaan' ok sy setuju tp klu 'Pengetahuan(ilmu agama) adalah Perniagaan'...mmg masalah.

  8. Suzy Ameer - 02 Mar 2010, 4:34pm
    Kalau PLKN boleh diwajibkan kepada semua belia sepatutnya pihak kerajaan kena mewajibkan setiap pelajar lulus dalam subject agama untuk dapatkan UPSR,PMR,SPM baruler ibu bapa ni sibuk carikan tuisyen untuk kelas agama..kalau tak subject agama tu jadi sampingan jer ler...apa2 pun mak bapak kena corakkan anak2 masing2 kearah islam yang betul tu sajer...

    Suzy Ameer
    http://senangdapat.grabwall.com

  9. Naza 3 - 03 Mar 2010, 1:40am
    Terima kasih sdr Mat 4 dan pn Suzy Ameer... betul tu...kalau ilmu agama dah jadi perniagaan sape yg nak belajar skrg ni...ada duit boleh belajar tapi takde duit...apa nak jadi dengan anak2 kita...

    Cadangan pn suzy agak menarik...di situ ada pro dan kontra tapi kalau ia diwajibkan kepada semua pelajar...nak tak nak kena ikut gak kan...cuma bila kita serahkan kembali kepada mak bapak mereka...saya rasa masalah ini tak selesai...kehidupan luar bandar dan kota saja sudah banyak memberikan kita jawapan tentang cara mak bapak mendidik anak...belum lagi perkara2 lain...seperti kata sdr ayien...mak bapak ni nak kena Islamkan dulu tapi bagaimana...

  10. Laduni - 04 Mar 2010, 3:41pm
    Pemantauan ibu bapa secara berterusan amat3 diperlukan... Kadang-kadang di rumah nampak baik, jadi pelakon... tapi jauh dari pemerhatian mak bapak, lain pulak lakonannya... Apapun didikan agama dari ibu bapa yang lebih utama drp hanya mengharap pada guru2... Rumah merupakan institusi pertama anak-anak, so ibu bapa kena lah corak anak2 melalui institusi kekeluargaan.. semoga jadi benteng dari sebarang tabiat buruk.

  11. Naza 3 - 04 Mar 2010, 5:59pm
    terima kasih sdr laduni...sedap nama tu... pandangan anda benar tetapi bagaimanakah kita nak menyedarkan atau meyekolahkan ibubapa hari ini sedangkan di dalam ruangan forum di sini sahaja kita lihat dan baca banyak isu2 seks di ketengahkan dan sambutannya amat menggalakkan...tambahan kalau yang memulakan bicara adalah wanita...kalau dah ibubapa di ruangan ini pun dah syok dengan isu2 seks...apatah lagi ibubapa di luar sana...jadi,hanya segelintir sahaja ibubapa yang dapat memahami isu ini dan cuba mengubah keadaan anak2 melayu yang semakin parah

  12. Khairunnisa a - 05 Mar 2010, 3:12pm
    salam...remaja sekolah sekarang semakin sosial...siapa yang perlu di persalahkan pun kita tak boleh saling menunding jari,,,,bukan salah ibu bapa...guru....sebab tak semua ibu bapa mengabaikan anak2 & bukan guru2 yg salah mendidik,,pokok pangkalnya pada diri sendiri..dengan siapa kita berkawan..itu adalah persoalannya yang utama...

  13. Norihan Binti Othman - 05 Mar 2010, 4:43pm
    bagaimana acuan...begiulah rupanya.

    kak raihan dapat tahu dari seorang pengamal perubatan Islam terkenal...rata-rata yang datang dan ingin dapatkan rawatan berkaitan anak degil...xtahu memberikan jawapan bila dibaca berkenaan satu ayat endek kepada mereka....
    nak tahu ayat apa???

    doa bila setiapk kali ' bersama' pasangan...
    TU DIA...
    so, fikir2fikirkanah...

    kalau senikata lagu panjaang berjela, boleh hafal..doa doa sejengkal xdapek...
    xdapek den nak nolong eh..

    maka, yang 'berhasil' nanti terus menerus akan datangkan masaalah...xder sebab begitu dan begini...semuanya salah KITA sendiri.

  14. Naza 3 - 05 Mar 2010, 9:56pm
    terima kasih pn khairunnisa a dan pn norihan...
    memang kita tidak boleh menunding jari pada sesiapapun lagi kerana video tu dah makin banyak di dalam laman web...makin hari makin banyak...mungkin ini dulu langkah pertama yang wajib kita bendung bagi mencegah segala kemungkaran dari terus berlaku...
    soal doa sebelum...sedang...sesudah bersama pasangan memang tepat kebenarannya...untuk melahirkan zuriat yang baik maka harus dimulakan dengan perkara yang baik juga...jangan perkahwinan itu cuma untuk mengHALALkan perhubungan tetapi perbuatannya sama macam bangsa asing yang tak tahu apa2...sekarang kita dah mula melihat kelahiran Islam baka yang cuma pada nama sahaja...sama2lah kita tanya diri kita...adakah aku ini Islam baka atau Islam keturunan sahaja...?

  15. En Sulaiman Ramli - 07 Mar 2010, 2:01pm
    assalamualaikum..
    Soal gejala sosial sekarang bukan hanya berlaku pada masyarakat islam berbangsa melayu sahaja tetapi berlaku pada semua manusia.. mungkin sebab kita baca akhbar melayu dah tentu bahan citernye adalah banyak pasal melayu.. kalau kite baca akhbar cina @ tamil,, makanya dapatlah kita lihat semua kaum ada gejala yg sama.. sebabnya kita adalah manusia..

    antara jenis gejala keruntuhan akhlak manusia adalah.. mengadakan hubungan seks tanpa ikatan, minum arak, merompak, rasuah, membunuh, menculik, merogol, memeras ugut dan sebagainya.. di manakah semua ini berlaku? di sekeliling kita. samada kita sedar @ tak sahaja..

    bahkan lebih dasyat lagi adalah gejala ini mengundang kehancuran muka bumi yg Allah ciptakan utk sume manusia..

    bayangkan org2 yg yg bersikap sedemikian adakah akan mempedulikan muka bumi sekeliling ini? umpama jika kita dlm satu kapal.. kalau rosak kapal ini, adakah org lain yg berada dlm kapal yg sama akan selamat? fikirkan...

    apa yg nak dinampakkan di sini adalah.. setiap gejala yg berlaku, ramai cerdik pandai yg akan tampil memberi sesuatu.. memberi apa? yg kita lihat ramai yg hanya bersikap mcm prof... keluarkan teori itu.. keluarkan teori ini.. keluarkan fakta itu... keluarkan fakta ini... hakikatnya adakah gejala ini berkurangan? atau makin bertambah? anda ada jawapannya..

    surah ar-ruum/ ayat 41 menjelaskan.
    wassalam..

  16. Mat 4 - 07 Mar 2010, 4:02pm
    Zaman skrg ni teori diorang tu semua kita terpaksa bayar ...mmg sedih.

  17. Naza 3 - 08 Mar 2010, 10:33am
    wsalam...terima kasih en Sulaiman dan en Mat 4...saya suka dgn pandangan en Sulaiman...Gejala hari ini memang melibatkan banyak bangsa...cumanya kita fokuskan kepada anak2 melayu kerana kita org melayu dan apakah dengan hanya memberikan pendapat tanpa tindakan kita akan dapat mengubah atau menghentikan segala kerosakan yg sedang berlaku...? Di sini ramai ahli forum kita yg bijak pandai tetapi sampai manakah kebijaksanaan kita ini dapat melaksanakan sesuatu yg dapat membina semula kehidupan anak2 kita yg semakin hari semakin meruntuh...? Apakah dengan bersatu hatinya kita diruangan ini...ada cerdik pandai yg boleh membawa isu ini ke tengah...?
    Memang kalau dilihat zaman sekarang semua perlu berbayar tetapi saya yakin masih ada insan yg sedia memberikan khidmat tanpa bayaran...bukan utk membangga diri tetapi saya bersedia membantu untuk sekadar atas kemampuan saya secara ikhlas tanpa bayaran kepada sesiapa yg memerlukan khidmat saya dlm apa juga program membentuk semula generasi muda hari ini...Insya'Allah

  18. Ayien - 08 Mar 2010, 3:55pm
    Sedar atau tidak kita ni sebenarnya adalah umat akhir zaman. Kekayaan dan anak pinak tidak menjamin kebahagiaan di akhirat. Kalau kekayaan tidak digunakan ke jalan benar dan anak2 tidak dididik dengan sempurna hanya akan membuatkan kita ke neraka. Allah dah turunkan al-quran sebagai pertunjuk kepada manusia akhir zaman. Baca saja al-quran. X tahu baca jawi bacalah tafsir al-quran dan fahamkan maksudnya. Hanya orang yang terpilih sahaja yang mendapat hidayah dan pertunjuk. Siapa yg dah dapat sebarkanlah betapa indahnya Islam. Segala garis panduan dan cara hidup telah dibekalkan dalam al-Quran cuma perlu teroka. Orang2 yg tdk dapat menerima ajaran Islam, Allah tutupkan mata, pekakkan telinga dan keraskan hatinya untuk menerima Al-Quran. Nasihat macamanalah sekali pun kalau hati sudah keras nak buat macamana jgn salahkan alim ulama. Muhasabah diri.

  19. Naza 3 - 09 Mar 2010, 3:36am
    terima kasih ayien...suka saya membaca pendapat anda...rasanya kalau kita nak mengajak seperti yg dicadangkan... berapa ramai agaknya yg akan buat...apa la agaknya akan jadi kalau saya katakan...anak2 yg kena tangkap kerana melakukan perkara2 mungkar seperti itu...ibubapa yg dihukum sebat...agaknya masa tu barulah penekanan ilmu agama dan pegawalan ke atas anak2 lebih kuat berbanding sekarang...mungkin cara ini juga dapat mencairkan hati ibubapa yg dah keras tu...

  20. Ayien - 10 Mar 2010, 11:47am
    Naza 3, mengaibkan orang dengan hukuman sebat itu tidak baik, bukan saja mereka akan mendapat malu malah satu keluarga juga turut merasa malu. Mereka mungkar, mereka tidak tahu. Semua orang membuat kesilapan. Ibubapa kena mainkan peranan, ajak anak2 berjemaah. Bacakan al-quran, kalau tidak tahu taranum, qiraati dan sbgnya bacakan tafsir al-quran yang mudah difahami. Kalau anak2 degil, sebat mereka, memang tanggungjawab ibubapa merotan anak2 sekiranya mereka degil. Pantau kawan2 mereka. Pastikan mereka berkawan dgn anak2 yg baik sahaja. Begitulah kita baiki diri sendiri, anak2 dan kaum kerabat. Sekiranya semua melaksanakan tanggungjawab mereka insyaallah masyarakat akan pulih. Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara dan kesudahan yang baik hanya bagi orang2 yg bertaqwa.

  21. Naza 3 - 10 Mar 2010, 2:41pm
    betul tu ayien...bila kita hukum mereka...kita yg menghukum di katakan salah...walaupun belum ada hukuman sebegitu tapi kita masyarakat sudah ada pandangan pro dan kontra kalau di laksanakan...kalau kita serahkan kepada ibubapa utk mainkan peranan...berapa kerat yang buat...Boleh tak kalau saya katakan KITA org2 yang dapat melihat kemungkaran dan keruntuhan yang sedang berlaku ini melakukan satu tanggungjawab membentuk kumpulan atau program khusus untuk ibubapa atau anak2 di luar sana...mengadakan forum terbuka PERCUMA... perbincangan...cadangan... yang mungkin boleh di ketengahkan kepada pihak2 yang tertentu untuk tindakan...kalau sekadar kita di ruangan forum ini...hanya kelompok kita sahaja yang saling memberikan pandangan...akhirnya apa yang kita bincangkan tidak ke mana...yang pastinya Kak Zam AKW boleh menjadi orang tengah kan...sekarangpun AKW dah mula mendapat perhatian ibubapa...kita jadikan ia sebagai saluran utama dalam membentuk semula masyarakat melayu kita...MUNGKIN satu slot baru yang panelnya terdiri dari org2 yang aktif di dalam ruaangan forum di sini macam ayien sendiri...ibu norihan...en sulaiman...dan ramai lagi yang punya daya fikir yang bagus2...

  22. Ayien - 10 Mar 2010, 3:26pm
    Saya tdk suka glamor, mungkin lebih ramai yang arif yg boleh dipanggil untuk rancangan AKW yg Naza 3 cdgkan itu. Seperti yang saya katakan sebelum ini Allah pilih org2 yg diberikan hidayah dan pertunjuk. Org2 yg telah mendapatnya boleh sebarkan. Kalau kita lihat forum agama, ceramah dan rancangan2 agama misalnya. Org2 yg menjadi penonton adalah kalangan org2 yg sudi mendengar. Ceramah dimasjid adalah untuk org yang sememangnya hati mereka sudah terbuka untuk menerima ajaran Islam. Macamana kita nak paksa org2 yg tdk mahu menerima, sekiranya kita berikan jua ilmu, ceramah, mungkin t/jawab menyampaikan itu selesai tapi dapatkah mereka apa yg kita sampaikan? Cthnya budak2 yg menjadi pelakon dlm telefon bimbit yg Naza3 katakan itu kalau kita ceramahkan dia pasti lari. Kalau dngar pun ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ibubapa dia, sanak saudara dia, kaum kerabat dialah yg 'ajar' budak2 tu. Kita berdoa supaya anak2 kita tdk jd begitu dan tdk bercampur dgn org2 begitu. Untuk bdk2 begitu, kita siapkan satu tempat iaitu rumah pemulihan akhlak & asingkan mereka, mereka tidak boleh bercampur masyarakat sebab mereka ibarat virus yg boleh merebak. Siapkan 1 talian sekiranya kita dpt tahu bdk2 begini buat report dan polis tangkap masukkan mereka ke tmpat pemulihan akhlak krn ibubapa mereka sendiri tdk blh menjalankan t/jawab.

  23. Naza 3 - 10 Mar 2010, 10:56pm
    Ibu ayien...saya bukan nak suruh jadi glamour...tapi kita berkongsi pendapat dihadapan umum...mana tau itu jalan terbaik utk kita sama2 membantu masyarakat kita...Kita tidak boleh menunggu Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada individu untuk mengharapkan perubahan berlaku melainkan dengan tindakan kita sendiri... Contohnya kalau tetangga kita lelaki bujang tapi membawa gadis pulang ke rumah...kita tahu dan melihat perkara tersebut...takkan kita nak tunggu Allah berikan petunjuk agar tetangga kita itu berubah...yang pasti kita lapurkan kepada yang berkenaan untuk tindakan yang sepatutnya kan... Apa2 pun saya suka dengan cadangan akhir ibu ayien tu...kerana dengan menyedarkan ibubapa melalui program tertentu belum pasti dapat mengubah keadaan... mewujudkan satu akta baru...saluran lapuran...tindakan penahanan... pendakwaan...pemulihan... Itulah yang dapat membendung gelaja video seks anak2 sekolah hari ini... Tapi bagaimana kita nak menyalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab...?
    Mungkin ada dikalangan kita di ruangan forum ini yang bijak pandai...boleh membantu mengajukannya kepada pihak kementerian yang berkaitan...mudah2an ada yang tampil...

  24. Dieno - 09 May 2010, 11:48am
    Masalahnya..didikan agama kurang.. iba bapa sekarang macam ambik mudah.. sepatutnya anak remaja kita perlu dijelaskan hukum hakam agama kepada mereka, mana halal, mana haram, mana yang boleh dan mana tak boleh - perkara2 yang dilarang oleh agama.

    Jika ibu bapa asik berfikiran..biasalah tu budak-budak... so benda yang haram jadi terbiasa kepada anak-anak. Sebab mereka rasa tak apa..sama macam mana ibu bapa mereka rasa tak apa..biasalah budak-budak...

  25. Kalhamid - 10 May 2010, 5:36pm
    laksanakan hukum HUDUD sahaja...CUKUP...

  26. Ammir Syafiq Ammir Hamzah - 22 May 2010, 10:28pm
    SOKONG KALHAMID. MANUSIE NI LEMAK BANYAK.... MANJE.. HUKUM HUDUD JE BOLEH AJAR..

  27. Ruzaimi - 11 Jul 2010, 12:29am
    ya setuju sangat..laksanakan hukum hudud aje..penyelesaian masalah..ini tidak tubuhkan pulah rumah untuk anak2 terbiar/tak nak...lagi la sedap dio orang..main nak,sedap nak,anak tak nak...manusia akhir zaman

Page 1                        (Total comments 27)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. We does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT / REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. We assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by us, however we reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by us. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.