APA KATA WANITA...bersama Zamzarina 
TV1 Setiap Sabtu 12:00 tengahari, Secara Langsung
Ulangan Setiap Jumaat 2.00 petang
 
     
Members
Sila mendaftar (percuma) dan berbicara di ruangan Forum. 
5 Senarai Terbaru:

Website Directory
Skaf Merah Jambu
Segmen luahan dan nukilan penulis blog 'Salina' mengenai pengalaman kehidupan yang dilalui beliau.

Ikuti Blog Skaf Merah Jambu

Interaktif
Anda diundang berinteraksi secara telefon ke studio sewaktu siaran langsung Sabtu, 12:00 tengahari atau  menghantar email kepada zamzarina@apakatawanita.com
 

kerja@rumah
Mengalu-alukan wanita yang sedang menjalankan sebarang perniagaan/ perkhidmatan dari rumah, untuk kami paparkan kisah kejayaan anda dalam APA KATA WANITA...bersama Zamzarina.

Berminat, hubungi Cik Farah / Cik Etty di 03-2288 7011 

Streaming Video
Akan datang! Streaming video.

 

Penonton Studio

Ingin menjadi penonton di studio? Sila daftar sebagai penonton studio disini!

 

Promosi produk anda melalui AKW
Produk terpilih akan dihubungi untuk ditampilkan live dalam AKW bersama Zamzarina. Sila email profil produk berserta gambar produk ke email: zamzarina@apakatawanita.com

APA KATA WANITA...bersama Zamzarina musim kedua bermula pada 1 Nov 2009 dan memaparkan beberapa segmen baru.

Di antara segmen tersebut adalah Dari Dapur Zamzarina yang membincangkan tips penyediaan pemakanan sihat dan juga ubatan tradisional (home remedies).

Juga dalam edisi baru terdapat segmen Skaf Merah Jambu iaitu catatan kisah seorang blogger wanita bernama Salina.

Selain itu terdapat segmen Kerja@Rumah iaitu paparan wanita yang menjalankan perniagaan atau perkhidmat dari rumah. Satu e-komuniti telah ditubuhkan untuk mengabungkan usahawan Malaysia yang mempunyai kerjaya atau perniagaan online, samada secara sepenuh masa atau sambilan iaitu di MDOL United (Moms & Dads OnLine)

Segmen Produk Pilihan Zamzarina pula memaparkan produk-produk atau servis menarik yang bersesuaian dengan penonton AKW.

Selain itu segmen Personaliti diteruskan dimana setiap minggu seorang personaliti wanita yang berjaya akan dijemput ke studio untuk ditemubual dan berinteraksi dengan penonton AKW.

AKW juga mahu berkongsi maklumat dan menggalakkan penonton untuk berinteraksi melalui laman web dan SMS dan penonton turut diundang untuk menjadi penonton di studio dan turut serta di dalam bual bicara sepanjang program berlangsung! 

Edisi pertama AKW telah bermula sejak 2 Januari 2009.

Pengacara

Zamzarina berpengalaman luas dalam mengacarakan rancangan bual bicara sejak hampir sedekad lalu. Beliau juga seorang wartawan penyiaran di Bilik Berita TV, RTM dan pernah menerbitkan rancangan pemberitaan. Berpengalaman membuat liputan khusus mengenai ekonomi, politik dan parlimen. Kini beliau juga merupakan penyelidik dan perunding kandungan dan terlibat sebagai penerbit bersekutu kepada rancangan Apa Kata Wanita.

Sepanjang pengalaman di bidang penyiaran, beliau telah mengemudi rancangan bual bicara Bisnes Malaysia, Selamat Pagi Malaysia, Dari Parlimen dan menyampaikan berita-berita utama RTM.

Beliau juga merupakan seorang Akauntan dan mempunyai syarikat konsultan pengurusan, Surplus Consulting.

Episod Minggu Ini - 24 Jul 2010
Episod Minggu Lepas - 17 Jul 2010
  • Segmen Personaliti
    RMK10 : Rancangan Memperkasa Wanita (1)
    Topik minggu ini akan membincangkan isu RMK10 dalam rancangan memperkasa wanita di Malaysia bersama tetamu khas iaitu:- Y.B Senator Dato' Sri..

  • Segmen Skaf Merah Jambu
    Episod 35 - Tidur bola, makan bola, minum bola
    Sekarang ini musim ‘tidur bola, makan bola, minum bola’. Aku bukanlah peminat bola sepak tegar tetapi memandangkan ini fenomena dunia,..

  • Segmen Demo
    Cup Cake (3)
    Segmen demonstrasi minggu ini akan menampilkan seorang tetamu yang akan menunjukkan cara-cara menghias cup cake dengan cara yang lebih mudah..

  • Segmen Kerja@Rumah
    Pop Cake
    Segmen Bekerja Dari Rumah menampilkan individu yang menjana pendapatan serta membina kerjaya mereka bermula dari rumah. Nor Azura Pengusaha Pop Cake